Pages

Monday, March 12, 2012

Kelas Demo bersama Chef Khairi


   Jam kul 9pg...dah bersiap tuk ke AMIPLUS bakery..Perjalanan mengambil masa setengah jam ke sana..Wah selamat kelas belum lg penuh..ada peluang duduk dibarisan hadapan..first time join kursus cmni jd bertegur sapa dgn kawan disebelah..Nisya..manis orgnye...peramah kebetulan kami sama umur. Sebelah Nisya pula kak Roslinah..ade buka kedai bakery gak.sgt sporting dn peramah..(",)
   Sebenarnya setiba di kelas..Chef Khairi dah ada tgh siapkan sample coklat sbgai goodies para peserta..beliau seorg yg xlokek berkongsi ilmu berselang seli dgn gurauan disepanjang kelasnya..chef ade berkongsi yg beliau akn klua dlm sebuah program televisyen. Sama-samalah nantikannya...khusyuk chef nk kluarkan coklat dari acuan.. demo sambil berceloteh xsedar pun 3jam masa berlalu begitu sahaja..Terima Kasih chef kerana berkongsi ilmu dn tips yang bermanfaat. Tapi mmg betul kejap je masa tu berlalu..klo dlu belajar tambah lak subjek yg ikut buku teks..mmg 3 jam tu masa yg sgt pjg..sabar je nk habiskan satu matapelajaran.. Ini bezanya pengalaman belajar sbb minat amat mudah diterima berbanding belajar secara terpaksa. Jadi nasihat tuk diri sendiri sentiasalah buka hati tuk menerima apa yg dipelajari wlpn pada mulanya anggapan diri sukar.
    Habis je demo klas, chef agih-agihkn coklat syg dibuatnye td. Sementara itu peserta mengambl kesempatan tuk berphotografi dan minta tandatangan chef...sy pun ketinggalan. Buku ni mmg dah lama beli..dn xsangka berjumpa dgn chef sendiri satu penghormatan gak. Buku pertamanya "Dunia Pastri Chef Khairi ". Terdapat 35 jenis resipi; coklat,kek dan donut. Buku terbitan pertama ini ditulis dlm bahasa malaysia dan menurut beliau buku keduanya akan diterbitkan dalam dwi bahasa.. Harapnya sy xterhenti disini dlm meningkatkan kemahiran dan pengetahuan..janji fokus pada satu-satu perkara dn cuba jayaknnya..mudahan usahaku berterusan...amin...

*Kelas Demo Colatta AMIPLUS 9/3/12 semoga success dlm apa jua yg di ceburi. (",)