Pages

Monday, December 24, 2012

Buah Apakah Ini..

 
Sekali pandang macam buah cempedak dua kali pandang mcm bukan hehe.. Ini juga merupakan  buah tempatan yang terdapat di negara kita. Bezanya buah ini sisemenanjung kecil je boleh kata besar penumbuk. Kalau kita tgk rupanya mcm buah Pulasan. Tapi di Sabah buah ini besar buah cempedak madu. Buah ini kenali sebagai buah Tarap, pokoknya seperti pokok ketapang.
 

Ini la rupa buah Tarap ni bila di kopek. Tak perlu pisau bagai, cuma gunakn tangan je. Kulitnya lembut je. Tgk ulasan buah ni..sebiji macam buah cempedak. Bau buah ni harum manis semerbak, seakan-akan bau cempedak. Tetapi bila lama2 bau buah ni akan buat kita pening sbb terlalu kuat. Bayangkan beli buah Tarap ni dn buah durian, bau durian tak terhidu langsung. Isi buah ni umpama makan terus telan, memang mengasyikkan bila makan. Rasanya manis je..tapi plain. Andai terjumpa buah Tarap ni cuba lah....satu pengalaman yang berlainan dalam menikmati buah tempatan kita.
 
(",) cuba jangan tak cuba...