Sabtu lalu ajak En.Huby pegi picnic tepi pantai sj ambil angin petang. Tetiba je, sj sonok2 isi aktiviti yg sedia ada..so sy plan wat laksa je. Pagi around 11pg pegi pasar cari awas-awas; bunga kantan, daun kesom, lengkuas dan ikan kembung. Setiba di pasar kat area Pantai Rombang tu masih ade lagi berniaga walaupun wktu tu agak lewat. Tgk sayur-sayur segar lagi tuk di beli..ubi kayu besar2..hehe sekian lama mencari ubi kayu ni..musim boleh jumpa nie baik beli je. Pastu beralih ke bahagian barang basah..ikan segar2..walaupun mahal skit tp berbaloi. Tgk udang, ketam dan sotong semua menarik..so beli la sedikit tuk wat stok seminggu. (",). Jam 4 lebih mula memasak dan selesai kul 5..dah bersiap2...pantai here we come.
Setiba di lokasi yg sesuai..tikar dihampar dan barang disusun setempat.
Bersantai setelah penat kerja selama 5 hari mmg suatu yang menyenangkan. Deruan ombak, tiupan angin yg sepoi2 sungguh mendamaikan. Encik Huby plak mcm biasa dgn skill fotografnye...dn sy adalah model tetapnya..walaupun kamera hanya lah suatu kehendak tetapi memilikinya sedikit sebanyak membuatkan kita tidak kekok berada di suatu tempat..melihat sesuatu dr sudut pandang dan merakamknnya..
Duduk sambil melihat pemandangan melihat warna langit dan laut yg seakan sama seolah langit dan bumi tiada sempadannya..melihat kilauan emas dipermukaan laut pantulan cahaya mentari petang, mengasyikkan dn memukau penglihatan. Deruan ombak yang menghempas di persisiran pantai xpernah membingitkan pendengaran..sungguh merdu tuk dihayati..dan angin yang lembut membuatkan sesiapa sj yg bertandang selesa..
(",) Masa untuk makan..laksa...kegemaranku...nyum nmyum nyummy... Sgt menyelerakan mkan mengadap pantai yang luas..mengimbau zaman kecil di pantai Tg. Asam Penang (tempat wajib bile nk mndi laut, dah lama tak ke sana..ingat2 lupa dah). Masak mmg cukup2 tuk 2 org siap bertambah lg..dpt pujian dr En.Huby sedap cukup rs dan terasa isi ikannye...hehehe..mula lah pipi jd tmbam sbb senyum sampai ke telinga..hehe. Adakala bkn lah penghargaan yg diminta ttp melihat dn mendengar pujian ikhlas buatkn hati tersenyum dan puas.
Sebenarnya banyak yg perlu dilihat dalam hidup ini dan perlu belajar memahami sesuatu berharga bukan lah dr kesenangan..tp belajar dr kesusahan. Apa yg kita inginkan akan kita hargai kerana setiap yg kita buat ada kesungguhan.Dalam hidup ini tak salah mengejar yang belum pasti..tp perlu menjaga dan hargai segala yang ada di sepanjang jln yg kita kejar..agar kita tak tercicir sesuatu yg berharga. Semua org mahukan yang terbaik tp kita janganlah abai perkara yg sebenarnya terbaik di hadapan kita..bersyukurlah..
Pada semua..sibuk manapun kita bekerja sekurangnya luangkanlah masa tuk diri sendiri..berikanlah masa yang terbaik dn hargailah sementara kita masih punya masa.. " Selamat Bercuti!!"
:)
ReplyDelete