Pages

Tuesday, April 3, 2012

Sandwich lagi jom..

    Salam semua..dah lama dapur tak berasap hehe bukan pe kekurangan masa didapur tp terlebih di perjalanan...em nape sandwich lagi yea xde makanan lain ke nak wat  (",). Seperti niat sy diawal blog..mencuba yg baru dn improve.. insya Allah sy percaya kengkawan semua lebih kreatif dlm penyediaannya mengikut selera msing2..bak kata sy hanya mencetus keinginan tuk mencuba..(",)
     Kebetulan hari dah lewat sgt tuk mkan mlm..suami plak on da way balik dr KL wat permintaan nk mkan yg simple "sandwich". Tp xde kehabisan daging burger lak so dia suggest wat sendiri..erk..mulanye cm renyah je bunyi..tp xngape cuba lah..trus je surf tenet buka myresipi.com. Resipi ni diambil dr fendi75 Terima kasih tuk resipi anda yg sgt mudah dn sy cuba olah pada plain beef burger.

    1st time wat dan menjadi..sdap wlpn simple mmg sy xsangka wat sendiri lebih sdap hehe.. cam puji diri lak..maaf ye..tp tul terasa juicy daging burger tu..sbb sy wat daging tu tebal. Okey ini dia resipinye. Selamat mencuba.


Resipi:
Sandwich Hawaian Beef Burger

Bahan:

200 gm         daging kisar
1/2 labu        bawang besar (saiz kecil) - dipotong dadu
1 ulas            bawang putih - dicincang halus
1/2 sudu       lada putih
1 sudu          seasoning sos
secubit          garam
1 biji             telur



Cara:

  1. Campurkan semua bahan di atas kecuali telur dan digaul mesra.
  2. Telur dipukul dan dituang sedikit-sedikit ke dalam bahan yang digaul. Agak-agak boleh dibentuk, berhenti masukkan telur.
  3. Kemudian bentukkan daging burger mengikut ketebalan dan bentuk yang diingini.
  4. Masakkan daging secara pan fried.
Penyediaan:

2 keping sesame bread yang dibakar. Susun cheese,daun salad, hirisan timun dan tomato. Letakkan sekeping nenas syrup dalam tin dan daging burger yg dimasak. Sedikit sos dan mayonis, sedia tuk dihidangkan. (",)





1 comment:

  1. waa...yummy...nak try jgk la nanti :) ok jgk utk breakfast or tea time... ehehe...

    ReplyDelete