Sepetang duduk lepak kat meja laman, kena lak angin sepui-sepui bahasa ni..rs seolah terhidu lak org wat cucur udang..myb baunye dtg dr jiran sebelah rumah..hihi ish2...mula rasa nk mkn je perut nie..jom tgk ape ade kat dapur yang boleh digunakan..kita wat cucur yg ala2 sarat dgna bahan skit..baru sedap pekena..tp Sarah bgtau siap2la..semuanya bergantung pd citarasa masing2 k..Ape lagi selongkar peti sejuk..hihi cari ape yang ade..cun2
..udang ade..bilis pun ade..jagung pun ade..menarik nie. Rasanya cukup kot kalau nak wat Cucur Caca Marba nie..Jom Sarah kongsikan bahan dan caranya..Sarah harap semua sudi mencuba k..
Cucur Carca Marba.
Bahan:
3 cwn tepung gandum
2 sb gula
1 sk garam
3 sb minyak masak(minyak sayur sebaiknya)
2 cwn air (agak-agak bancuhan likat)
secubit serbuk kunyit untuk warna.
1/2 tongkol jagung -dihiris jagungnya.
1/2 labu bwg besar -dihiris nipis atau dadu kecil
1/2 biji cili merah -di hiris atau dada halus
sedikit daun bawang -dihiris halus(xperlu byk sejemput dua je)
segenggam bilis -dibilas bersih
segenggam udang(saiz sederhana) -dibuang kepala dan kulitnya.
Cara:
- Satukan bahan-bahan tepung,gula,garam,minyak masak dan kunyit digaul serasi.
- Tuangkan air sedikit-sedit sehingga bancuhan likat. *Petua mak kacau bancuhan seeloknya satu arah.
- Biarkan bancuhan sekurangnya 10-20 minit untuk tujuan rehatkan bancuhan. Ini yang menyebabkan cucur bila di goreng akan merongga dan lembut.
- Sebelum digoreng, masukkan semua bahan-bahan yang daun bawang.jagung, bwg besar, bilis dan udang. Gaul mesra dan boleh digoreng.
- Siap dan hidangkan bersama sos.
0 comments:
Post a Comment