Pagi di rumah mertua... (",) dah sarapan Alhamdulillah pastu dptkn paper tuk bacaan yg menarik..well semestinya ttg santai2 industri kita kan hehe..bukan pe wat bacaan ringan...baru ada tarikan tuk bacaan seterusnya yg lebih berat..lumrah lah tuk menyibuk nie(mcm jg tepi kain org)..tp ini semua sekadar hiburan dn tak perlu pun tuk kita berlebih2...anggaplah bacaan cmtu sekadar mencurah air di daun keladi..so xde lah bacaan tu jd perkara yg xberfaedah tuk kita kan..hehe ceramah tuk diri sendiri sebenarnya..
Pastu selak punya selak lg paper nie terjumpa satu topik Sedentari punca tulang lemah ruangan kesihatan....apa kaitannya dgn gy hidup sihat nie..apa kebenda lah Sedentari nie..
mula ingatkan sejenis penyakit..rupanya bukan..ok ape maksudnya..
Sedentari ini merupakan gaya hidup yang kurang amalan aktiviti fizikal berpunca dari penggunaan mahupun pergantungan hidup dgn mesin, sistem automasi dan teknologi. Namun apakah kaitan sedentari ini hingga menjadi satu pengaruh buruk pada kesihatan.
Menurut Pakar Perundingan dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma Malaysia, Dr. Chin Chee Howe, orang ramai yang mengalami masalah tulang adalah disebabkan kurangnya aktiviti seperti kurang bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang.
Gaya hidup sedentari ini boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius jika tidak diseimbangkan. Kebanyakkan kita penat bekerja memilih untuk habiskan masa yang ada untuk tidur dan bangun lambat pada hujung minggu. Segelintirnya lebih gemar menonton televisyen, terperuk di rumah.Ada juga keluar bersama kawan tetapi hanya lepak bersembang di kedai mamak. Bagi segolongan yang obses dengan permainan video hanya duduk leka di depan komputer. Bagi suri rumah pula pekerjaan harian kini dibantu dengan mesin dan sistem automasi menghadkan penggunaan fizikal pada tahap yang minimum.
Kehidupan sebegini yang sering membuatkan kita lebih selesa dengan zon ruang yang kita bina tanpa menyedari ianya telah memberi kesan sampingan di masa akan datang terutamanya soal kesihatan. Antara risiko yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari atau kurangnya aktiviti fizikal ini menyebabkan :
- Kerunsingan
- Urat Trombosis Dalam
- Kemurungan
- Kencing Manis
- Barah usus
- Darah Tinggi
- Kegemukkan
- Osteporesis
- Gangguan Lipid
- Batu Karang
- Kadar kematian (golongan lelaki tua sebanyak 30% dan dua kali ganda risiko pada wanita tua)
Di sini adalah sedikit panduan untuk tubuh badan yang sihat untuk diamalkan:
- Senaman secara teratur-selain untuk mengekalkan berat badan yang ideal, ianya juga baik untuk pertumbuhan tulang yang kuat.
- Amal minum susu- susu tidak membuat kita gemuk tetapi dengan mengamalkan segelas susu rendah lemak hanya mengandungi 80 kalori serta protien dan kalsium yang diperlukan dalam tumbesaran tulang remaja.
- Banyakkan makan sayur dan buah-buahan untuk neutrin yang cukup dalam badan.
- Banyakkan minum air suam sekurangnya lapan gelas sehari dan kurangkan air manis atau berkabonat.
- Adakan aktiviti di luar rumah yang menberi manfaat bersama untuk menghilangkan tekanan di rumah atau tempat kerja
0 comments:
Post a Comment