Pages

Saturday, January 21, 2012

A cup of tea

Salam sejahtera,
  Jemput minum semua..hujan masih renyai dr pndgan luar jendela..tiba2 je perut kruk krak..hehe..itu tandanya nk mkn munchy..nak cicah dgn teh o..kurang manis (tingat lak kat someone)..
  Dgn rajinnye kaki melangkah ke meja makn tuk dituang teh dlm cup green tea sy nie..ade pun satu je..siap de measurement lg bape ml..hihi..berbekalkan sebungkus munchy out crunch..lak mmg terbaiklah..
  Cup of tea..dah boleh bygkn keharuman teh bilamana cawan dirapatkn ke bibir..emmmm emmm...harum..sesuai sekali dinikmati teh o panas nie takala hujan..tingat lak klo dlu kecik2 mak wat coq kodok,or coq udang..donut dendan(org sebut pintal) nyum nyum..
  Ok balik lak pd teh nie..jom tgk ape khasiat teh yg diamal oleh pengemar2 teh nie...hmmm i'm wondering..
Khasiat Teh yang diketahui ramai ialah khasiatnya meningkatkan imunisasi tubuh untuk melawan penyakit. Teh juga mengandungi :


  • Phytochemicals yang berfungsi untuk membantu tubuh menentang serangan beberapa jenis barah.
  • Catechins juga salah satu bahan yang berfungsi sebagai antioksida.
  • Fluorida yang peting dalam menghalang pembetukkan kaviti pada gigi.
  • Flavonoids memberi khasiat membina dan menguatkan otot.


*  Menurut laporan di Archives of Internal Medicine, Kajian ke atas 500 lelaki dan perempuan di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima.
*  Teh juga befungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkir oksidasi LDL atau dikenali dengan kolestrol buruk.
*  Kajian pada tahun 2001 yang dijalankan oleh saintis Amerika Syarikat, Taiwan dan Jepun mendapati teh berupaya melambatkan proses penuaan.


Teh putih; Pucuk daun yang tidak melalui proses pengoksidaan dilindungi daripada sinaran matahari bagi mengelakkan pembentukkan klorofil.
Dimana kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.


Teh hijau; Proses pengoksidaan dihentikan selepas pengoksidaan yang minima melalui penambahan haba.
Memang telah ramai yang ketahui ia dapat mempercepatkan pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Sebenarnya flavonoids yang terdapat di dalam teh hijau ini mampu mengubah cara menggunakan hormon dipanggil norepineephirine yang meningkatkan lagikelajuan kalori di bakar.
Kajian saintis jepun pula mendapati teh berupaya menentang alergi. Kandungan antioksida didalam teh hijau mampu menghalang proses biochemical yang bertindakbalas pada pembentukan alergi. Khasiat teh hijau amat mujarab bagi mereka yang alergi kepada persekitaran berhabuk.


Teh hitam; Pengoksidaan yang banyak dan dikenali sebagai teh merah oleh masyarakat cina.
Berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia mampu menghalang darah dari berkumpul yang boleh menyebabkan darah terhenti. Menurut kajian yang dilakukan oleh Boston’s beth Israel Deaconess Medical Center, seramai 1900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan meminum teh dua cawan sehari.






  

0 comments:

Post a Comment